Lebih 5,000 tentera dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, Singapura dan Indonesia terlibat dalam latihan ketenteraan bersama berhampiran kepulauan Sumatera pada Jumaat, terbesar sejak dimulakan pada 2009.<br /><br />Diadakan setiap tahun serta diketuai oleh AS dan Indonesia, ia bertujuan memperkukuh kerjasama serantau selain kebimbangan yang semakin meningkat akibat perluasan pengaruh China di kawasan Indo-Pasifik.